Ramadhan oh ramadhan (Ziarah 1)
8:12 PTG | Author: cikgu zaki
Salam buat semua teman-teman,

Baru -baru ni aku berkesempatan untuk berkampung di Shah Alam selama 3 hari 2 malam, kalau nak ikutkan memanglah malas aku nak kemana-mana, tambahan pula bulan Ramadhan, susah untuk 'imfradi amal', tetapi dek kerana tuntutan ilmu, aku gagahkan juga untuk memenuhi jadual ku. Tempat aku duduk tu, ok gak, jauh dari kesibukan kota, 'hotel baru' di salah satu kawasan pertumbuhan baru. Aku tidak berniat untuk menceritan kisah aku, tetapi kisah sepanjang aku disana.

Di dalam kesibukan aku dengan pelajaran ku, ada sedikit masa ku luangkan untuk melihat penorama bulan Ramadhan di kota, untuk mencari 'parking' satu hal yang cukup aku menyampah, semua penuh, ya lah gara-gara nak raya. Setelah selesa dengan 'parking' di tingkat 4 bangunan SCC, aku pun mulalah berjalan-jalan. Seronok aku melihat gelagat tetamu kota yang tak pernah sunyi dari memenuhi setiap ruang gerai dan baazar yang ada. Aku kadang naik heran juga, tak penat ke, mengukur lantai dari satu kedai ke satu kedai, dari satu gerai ke satu gerai,.......oh begitulah semangat nak raya. Ada yang bersaorangan, keluarga nukleus, keluarga luas, dan tak kurang pasangan yang 'bercinta'.

Dalam kegairahan menyambut kedatangan raya ni, yang menjadikan aku terkedu ialah pakaian. Aku tengok bila melewati setiap 'stol' yang ada, rata rata memilih baju kurung, busana, kebaya dan macam-macam fesyen yang terkini. "Cuma waktu raya je ke, baru nak pakai baju tu", aku bertanyakan diriku, macam mana dengan waktu lain. Patut lah, disepanjang aku mengikuti 'ziarah Ramadhan' ini ada juga kaum hawa yang berpakaian ........ entah lah susah nak cakap.

Tudung cantik menutupi kepala, tapi baju dan seluar 'melekat' macam baju tak kena saiznya. Tudung cantik menutupi kepala, tapi pusat lupa nak tutup.
Tudung cantik menutupi kepala, tapi seluar dalam .....masyaAllah.
Tudung cantik menutupi kepada, tapi tak cukup untuk belahan dada.
Fesyen mana lah dia orang dapat ni, harap-harap mereka perasanlah yang pakaian tu bukan kita punya.

Tudung pakai kira ok gak, tapi bagaimana yang langsung tak pakai tudung.....
Dah lah tak pakai tudung, baju pulak ..... mak oi.... apa ni...
T.shirt...tak berlengan...
T.shirt ..... tak di butangkan...
T.shirt..... macam kemban....
T.shirt.... tak cukup panjang...
Fesyen mana lah dia orang dapat ni, harap-harap mereka perasanlah yang pakai tu bukan kita punya.

Ada satu kedai tu, serba salah dibuatnya...bukan pasal apa... penjualnya masyaAllah... semoga Allah memberi hidayah kepadanya. Memang benarlah sejarah israk dan mikraj, tentang gambaran-gambaran yang di ceritakan kepada Junjungan kita oleh Jibrail. Cuma yang menjadi masalahnya, umat tak ambil iktibar.

Semoga dengan kedatanga ramadhan ini, akan menjadi madrasah terbuka buat mukmin memperbaiki diri, diberitahu sudah, dibacakan sudah, dipaparkan sudah dan diingatkan pun sudah,....mudah-mudahan kita bukanlah dari golongan yang lalai....... amin.
Buat renungan
8:48 PTG | Author: cikgu zaki
Assalamualaikum....,

Mari kita kongsi bersama akan kisah ini,

Pada zaman Khalifah Umar al- Khattab, ada seorang ahli perniagaan yang berjaya. Dia memiliki

perushaan yang besar dan menguntungkan. Dia hidup bahagia bersama isteri dan anak-anaknya

disebuah kota besar.


Pada suatu hari, ibunya datang dari kampung halamannya yang jauh di pedalaman. Ibunya

memohon sedikit wang bagi menampung kehidupanya di kampung. malangnya, ahli perniagaan

itu takut kepada isterinya dan tidak berani melakukan sesuatu yang tidak dipersetujui oleh

isterinya. Sebelum ia sempat memberikan apa-apa kepada ibunya, isterinya berkata, "Ibumu itu

hanya pandai meminta sahaja. Lama-lama kita boleh jatuh miskin". mendengar kata-kata

isterinya, ibu ahli perniagaan itu merasa sedih dan menangis. Tanpa mendapat apa-apa, dia

pulang ke kampung dan dalam hatinya dia berniat tidak akan meminta apa-apa lagi daripada

anaknya itu.


Ahli perniagaan itu dan keluarganya meneruskan hidup mereka seperti biasa. Suatu hari, dalam

perjalanan kepejabat, sekumpulan perompak yang bersenjata menghalangnya. Mereka

merampas semua wangnya dan memotong kedua-dua belah tangannya. Kemudian kumpulan

perompak itu meninggalkannya di tepi jalan dalam keadaan parah dan berlumuran darah.

Mujurlah ada orang yang melalui jalan tersebut.


Tidak lama kemudian berita itu sampai kepengetahuan isterinya. Isterinya segera pergi

mendapatkannya. Apabila dia melihat isterinya, ahli perniagaan itu berkata, "Isteriku, inilah

balasan bagiku. Seandainya aku memberi ibuku satu dirham sahaja dengan tanganku ini, tentu

tanganku tidak dipotong dan wangku tidak dirampas.". Isterinya menangis pilu melihat keadaan

suaminya dan dia berasa berdosa kepada ibu mertuanya.


Tidak berapa lama selepas kejadian itu, ibu ahli perniagaan itu mendengar khabar mengenai

musibah yang menimpa anaknya. Dia segera pergi ke kota menjenguk anaknya. Apabila ia

sampai ke rumah anaknya, dia berkata, "Wahai anakku, aku berasa sedih atas kejadian yang

menimpamu".


Ahli perniagaan itu berkata, "Wahai ibu, sebenarnya inilah balasan atas dosaku kepadamu. Aku

memohon engkau memaafkan aku dengan ikhlas." Dia bersimpuh di atas kaki ibunya memohon

ampun dan keredaan.


Ibunya berkata," Wahai anakku, sesungguhnya aku memaafkanmu dan aku meredaimu,".

Alangkah terkejutnya dia apabila pada keesokan harinya, dia mendapati kedua-dua belah

tangannya bersambung semula.......Dahsyatnya Doa Ibu.
Di saat ku menyepi.....
5:04 PTG | Author: cikgu zaki


Hai letih nya, bila la boleh rehat .......satu ungkapan yang jarang-jarang aku lepaskan dari hati ini,

entahlah.... sejak akhir-akhir ini, hati ini selalu memberontak, marah dan macam-macam lagi,

kerenah kehidupan yang bertamu tanpa diundang, kekadang menyesakkan fikiran...., hebat

sungguh 'Hassan Al-Banna' tidak menunggu masalah bertamu, tapi......menerjah ditengah-

tengah kegawatan umat, Syed Nusi, Zainab dan banyak lagi nama-nama agung yang aku

cemburui kehebantan mereka mendepani masalah kehidupan. Ohhh....malu....malu, baru

selangkah aku dah mendengus...., cabaran cili api pun dah mengeluh....lihat mereka, siksaan yang

diterima, diluar otak pemikiran kita, besi panas, anjing yang lapar, dan berbagai lagi yang

disediakan oleh manusia yang yang berhati serigala.


Hai....hati yang berbolak-balik, tetapkan lah didalam iman, bersabarlah dengan rona kehidupan,

iringilah dengan kesabaran, sirami lah dengan ketakwaan....amin. Wahai hati, ingatlah kisah

Al-Ghazali.....moga kau mampu tersenyum, walau kau disakiti. Dalam mendepani kehidupan ini

terkadang waktu aku lemas di kegawatan perasaan, entahlah.....mungkin perjalanan ini telah

menjanjikan aku satu persoalan yang tiada noktahnya. Cuma apa yang aku harapkan semoga ia

tidak melalaikan ku di perjalanan ini. Di saat ku menyepi ini, ku cuba muhasabah diri, takut aku

'syok sendiri', takut aku pada kemurkaan Ilahi, Ya Rahman ya zalzala liwal ikram, amankanlah

pengembaraan ini, sinarilah kegelapan ini dan jauhkanlah dari 'hubbundunnia'.

....Ila...hilas..tulir..Firdaus....si a...ya......

-Halwa Telinga-