Buat renungan
8:48 PTG | Author: cikgu zaki
Assalamualaikum....,

Mari kita kongsi bersama akan kisah ini,

Pada zaman Khalifah Umar al- Khattab, ada seorang ahli perniagaan yang berjaya. Dia memiliki

perushaan yang besar dan menguntungkan. Dia hidup bahagia bersama isteri dan anak-anaknya

disebuah kota besar.


Pada suatu hari, ibunya datang dari kampung halamannya yang jauh di pedalaman. Ibunya

memohon sedikit wang bagi menampung kehidupanya di kampung. malangnya, ahli perniagaan

itu takut kepada isterinya dan tidak berani melakukan sesuatu yang tidak dipersetujui oleh

isterinya. Sebelum ia sempat memberikan apa-apa kepada ibunya, isterinya berkata, "Ibumu itu

hanya pandai meminta sahaja. Lama-lama kita boleh jatuh miskin". mendengar kata-kata

isterinya, ibu ahli perniagaan itu merasa sedih dan menangis. Tanpa mendapat apa-apa, dia

pulang ke kampung dan dalam hatinya dia berniat tidak akan meminta apa-apa lagi daripada

anaknya itu.


Ahli perniagaan itu dan keluarganya meneruskan hidup mereka seperti biasa. Suatu hari, dalam

perjalanan kepejabat, sekumpulan perompak yang bersenjata menghalangnya. Mereka

merampas semua wangnya dan memotong kedua-dua belah tangannya. Kemudian kumpulan

perompak itu meninggalkannya di tepi jalan dalam keadaan parah dan berlumuran darah.

Mujurlah ada orang yang melalui jalan tersebut.


Tidak lama kemudian berita itu sampai kepengetahuan isterinya. Isterinya segera pergi

mendapatkannya. Apabila dia melihat isterinya, ahli perniagaan itu berkata, "Isteriku, inilah

balasan bagiku. Seandainya aku memberi ibuku satu dirham sahaja dengan tanganku ini, tentu

tanganku tidak dipotong dan wangku tidak dirampas.". Isterinya menangis pilu melihat keadaan

suaminya dan dia berasa berdosa kepada ibu mertuanya.


Tidak berapa lama selepas kejadian itu, ibu ahli perniagaan itu mendengar khabar mengenai

musibah yang menimpa anaknya. Dia segera pergi ke kota menjenguk anaknya. Apabila ia

sampai ke rumah anaknya, dia berkata, "Wahai anakku, aku berasa sedih atas kejadian yang

menimpamu".


Ahli perniagaan itu berkata, "Wahai ibu, sebenarnya inilah balasan atas dosaku kepadamu. Aku

memohon engkau memaafkan aku dengan ikhlas." Dia bersimpuh di atas kaki ibunya memohon

ampun dan keredaan.


Ibunya berkata," Wahai anakku, sesungguhnya aku memaafkanmu dan aku meredaimu,".

Alangkah terkejutnya dia apabila pada keesokan harinya, dia mendapati kedua-dua belah

tangannya bersambung semula.......Dahsyatnya Doa Ibu.
|
This entry was posted on 8:48 PTG and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 ulasan:

-Halwa Telinga-