Lama sungguh rasanya tak merasa getuan si Udang Galah kat sungai, nak cari masa untuk memancing waktu ni cukup payah, kekadang hairan juga, kerja ni tak ada penghujungnya, bukan tak sudi nak buat kerja-kerja tambahan, tetapi sampai nak melayan si Udang Galah pun tak berkesempatan, tu yang tak bestnya.
Bila kesempatan tu ada, tak lepas peluang, 'gatal tangan ni nak rasa getuan si Udang Galah'. Bukan apa tarikan si Udang Galah ni membuatkan kita merinduinya, bila lama tak merasa tarikan 'sentimentalnya'.

Bila mencari si Udang Galah ni, bukan nak banyak, cuma nak merasa tarikan 'jenggo' yang kau-kau, biasanya kat Sungai Perak tak susah sangat nak cari 'jenggo' ni, kena pot yang betul, kejap je kalau nak lepaskan kempunan. Tapi yang tak tahan tu, waktu tengah 'karau', dia berjaya melepaskan diri, rasa nak jatuh jantung ni.
Main dengan si Udang Galah ni, kena naik sampan dan ada enjin, baru kena, sebab kita boleh cari lubuk yang baik, dan piliha pun terbuka luas, tetapi kalau dari tebing ni, al maklum ajelah, pergerakan kita terbatas.

Nak mencari si Udang Galah ni kena tahu musim, bukan boleh main redah je, takut jadi 'bangau'
(istilah mancing tak dapat), letih di buatnya. Biasanya musim panas tak menghampakan, tetapi kalau musim hujan tak ada, kata orang sejuk, si Udang Galah berselimut. Entah ya tah tidak, belum dibuktikan dek kajian ilmiah. Tapi yang peliknya kalau hampir Tahun Baru Cina, banyak pulak, dia nak join ngan dia orang kot, 'yam seng'.......kah.....kah.....kah.
|

"Aku tak tau macam mana boleh sampai kemari, asalnya hanya sembang2 kosong ngan kawan2 radio, dia orang plan ke mari untuk tengok tempat je, tapi dek kerana kita orang tak pernah sampai.......I follow." Dari sungai besar jam 22.00 malam, jumpa geng KL kat Tol Gombak, pas singgah di Hentian Temerloh jam 4.00 pagi. Tunggu siang, pas sarapan kami mula masuk..... mak oi jalan.....

Dia orang ni bukan aku kenal pun, baru hari tu je jumpa, tapi nyembang macam dah kenal lama,
best juga bila dia orang cita pasal 4x4 ni.

Laluan yang kami lalu ni adalah laluan balak yang telah ditinggalkan, ada tempat yang agak mencabar juga, tapi bersama kami ada sorang yang memang antara tenaga penting dalam penganjuran 4x4 di Malaysia ni, so ta da la masalah sangat.

Yang best bila masuk sungai, best gila tengok kenderaan jalan laluan sungai.

Pengalaman ni cukup, bermakna buat orang macam saya ni, yalah selama ini aku hanya lihat dalam tv atau surat khabar, walaupun ia agak memenatkan, namum bila jumpa sungai yang jernih dan sejuk, hilang rasa penat bila dapat berendam lama2.



Belum pun sampai rumah, rancangan baru dah bermula untuk menawan hulu Kuala Lipis, Pahang lak.

Asalnya ikut ni pasal nak mancing ikan tengas, tapi dah jadi lain, mancing juga, ada tengas dan baung, tapi menjelajah hutan lagi best.

Dalam masa meronda hutan tu, agak saspen juga, pasal taik orang kuat (Gajah) ada dimana sahaja, sepanjang laluan ada saja, tapi kami buat tak kisah je.

Setelah puas meronda, tibalah saat untuk membasuh keta, bukan hantar 'car wash' tapi masuk dalam sungai dan mendikan terus je, mudah kan, tapi cara tu tak ada kat Sg. Besar, kalau ada kan best.


Pendek cita, kul 23.00 malam Isnin kami sampai semula ke Sg. Besar. Namun itu bukanlah penamat, tetapi permulaan untuk terus melihat keindahan hutan anugerah Allah.
Wassalam.
|

Assalamualaikum,
"Seronok juga sesekali bawa keluarga berjalan-jalan, ni kami kat Gua Kelam, kat utara nu". Kami pi kenduri kat rumah besan mak kat Kuala Sanglang, Padang keria nama tempat tu,
jauh sungguh, tapi dek kerana konvoi, syok juga.
Kat Gua kelam ni, best jugak...... dapat tengok depa mancin. Ikan kecik2 je tapi banyak. Gatai tangan nak join tapi malu la pulak. Tak pa la, bagi depa syok tarik ikan.
Tapi yang tak best ya, tak leh nak mandi, ayak kotor, macam....baru lepas hujan je. Tak pa la, lain kali kita mandi.

Kami gi ni , adik beradik je, tidok kat Taman Bukit Kuda....kot la kalau tak salah nama tu, sewa 'home stay'. Pi cari laksa perlis yang sedap tak jumpa, ada kawan kata kat situ ada tempat makan laksa sedap, tapi tepon tak da pulak..... tak kisah la, yang lain2 pun sedap juga.

Yang aku dok heran ni, kat perlis sawah padinya, datang mana air depa masuk kat bendang tu, cek dok cari kat mana 'ban' dia, kalau cek tengok kat selangok, nampak 'ban', nampak parit, nampak 'main cenal'. Seronok juga tengok sawah kat kaki gunung ni, teringat masa kecik2 dulu, bila buat lukisan mesti ada sawah padi, hak belakang mesti bukit, pas tu ada matahari.
Harap2, ada masa cek dapat la bekunjung ke mari lagi, pasai cek kempunan ke Padang Besak, cek sampai hujan punya la lebat, dok tunggu juga, tapi tak boleh tahan, bantai dek angin, tempias habis, apa tunggu lagi ........cabut.
|

Baru2 ni dalam cuti penggal bulan 12 kami, bekas2 student IPSI telah cuba mengadakan program jejak kembali ke Ibu Kandung. Walaupun pada mulanya agak ragu juga samada ianya boleh berjaya atau tidak, tetapi dengan adanya komitmen dari bekas2 pelajar ini, maka akhirnya ia berjaya juga diadakan. Walaupun kehadirannya agak tidak memuaskan tetapi sudah cukup baik buat permulaan pertemuan tersebut. Ada rakan2 rang datang jauh dari utara, dan selatan. Iskan sanggup datang walaupun kepenatan selepas rewang dirumah abangnya, Lutfi dari perlis datang dengan keluarganya, Azman, Yazid, Manan, Baharul Wafi, Hasan, Rozman, Intan, Maznah, Salmi,
dan beberapa orang kawan lagi. Seronok juga dapat bertemu kawan2 yang telah 20 tahun terpisah.
Perjumpaan itu bukan yang terakhir, tetapi satu permulaan untuk dimasa-masa akan datang,
riuh rendah bila dah lama tak jumpa, menyembang hingga awal pagi. Kami berharap agar dapatlah dimasa2 akan datang lebih ramai lagi yang akan turut serta.

Assalamualakum, selamat ketemu lagi 5sains 3, 1981, salam pertemuan buat kalian semua, satu petang tengah aku mengutip udri didalam semak, hp berbunyi, kedengaran suara memperkenalkan diri, macam pernah dengar nama tu, rupa2nya sekutuku suatu ketika dadulu, Azman Ahmad Tarmizi, orang kurus macam Rosmawati, tingginya tak terlawan si Latifah ikal mayang, eh kat mana ya kau orang sekarang, semenjak peristiwa itu, aku jadi rindu kat kalian semua, kau orang ingat tak kisah aku ngan Puan Mazli, di dalam satu sesi pengajarannya, yang menyebabkan kalian semua ketawa, aku tunduk tersipu.
Walau bagaimanapun jemputlah melawat blogku ini untuk kita bertukar cerita

Assalamualaikum, Kabare kepada kengkawan yang sama-sama di IPIS tempoh hari, inilah yang menjadi masalah kepada kita, bila bertemu pastikan berpisah, kengkadang perpisahan ini sukar untuk diterima, walaupun ada juga perpisahan itu memang diharapkan, cumanya tidak banyak yang diharapkan.

Macam kita, tidak harapkan tetapi ia terjadi juga, Mat Khir yang sebok dengan urusan mengesan pensyarah, bila tersenyum sampai ketelinga, Lel pula tak boleh ada masalah, pasti hilang seri, Ani ni saya suka sebab kalau xplain pooh, kalah Hj Omar, sampai yang mendengar terlopong semua.

Wak Wedok (Ujie Jeram) pula kalau dapat dialah no wahid saja, entahlah, bila teringat benda2 ni, tu yang senang duduk. semuanya bermain diingatan. Oh ya lupa Mek Nganu pun tak kurang hebatnya, pasal nota serah je ke dia, boleh photostat pula tu, tabikla mek, tapi tengok buku kena jauh cikit ya, nanti bertambah power spect tu.

Zie yang saya suka tengok dia ni pasal, sakinah yang terserlah diwajahnya, tenang, senyap, sabar,dan macam-macam lagi, kalau tak takkan jadi Ustajahkan, tapi zie dengan anak murid kena garang cikit ya, kalau tidak nanti takut bertukar tempat duduk. Tak macam Zai, zai ni suka berceloteh yang boleh menghilangkan ngantuk, periang seronok ngopeng kat dia. Kalah Suyuti dibuatnya, kalau tanya, macamana ti, ok je.

Tak macam Zirwa, tak mahu mengalah, asyik dia je yang nak menang, pasal tu namanya top, Hj Omar ingat je. Tapi Zirwa ni, bagus kalau bercakap tak sampai kedalam, satu lagi yang aku suka ngan dia ni pasal 'klim', tima kasih Zir, semua klim dah beres.

Tapi cuba tanya Normah, semua klim dah dapat ke, pasal Normah ni banyak buat klim, yalah orang PPD (Pandai Pusing Duit), takut tak perasan yang masuk ac tu klim kursus.
Ok lah takat ni dululah, nak gi melayan hobi, wassalam

Assalamualaikum, selamat datang ke blog saya, kepada kawan-kawan mengenali saya saya ucapkan selamat bertemu kembali manakala yang baru hendak mengenali saya Ahlanwassahlan, ya marhaban, are you welcome to our blog. Selain mengisi masa lapang saya rasa ini lah ruang sembang yang saya rasa praktikal dalam kesebokkan kita menjalani kehidupan seharian. Pada kalau kita ada sesuatu cerita yang boleh dikongsi bersama, blog adalah tempat yang susuai. Selain kita boleh bersembang, kita juga dapat melihat pengalaman antara kita melalui gambar yang ada pada kita. Semoga kalian yang melayari dan membaca blog saya akan enjoi dan kita bolehlah bertukar2 cerita. Untuk mengenali diri saya dengan lebih jauh lagi, ini sebahagian dari kegilaan saya di masa2 lapang atau hujung minggu, saya memang telah lama terlibat dengan aktiviti memancing, sejak dari alam kanak-kanak lagi, saya pun tak tahu bagaimana minat itu boleh menjadi darah daging saya, cumanya saya belumlah sampai menjadi pemancing tegar. cumanya ia hanyalah sekadar mengisi masa lapang. banyak tempat telah saya pergi dari parit, kolam, lombong tinggal hinggalah ke kawasan empangan seperti cenderoh, kenering dan Temengor (Royal Belum).
seronok memancing ni, selain dapat ramai kawan, dapat juga menghilangkan kepenatan selepas bekerja, ya lah nak menjadikan manusia ni manusia bukan semudah ABC. Jadi dengan adanya aktiviti memancing pada hujung minggu lapanglah sikit kepala ni.